Saksikan drama 'The Maid' membawakan kisah suami berpoligami empat isteri dan diberikan pembantu rumah setiap seorang. Drama genre komedi thriller, diarahkan oleh Helmi Yusof. Akan mula ditayangkan pada 6 Januari 2021, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104).
JUDUL : THE MAID
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 6 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Rabu, 9:30 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD
PENGARAH : Helmi Yusof
PRODUKSI : Juita Viden
PELAKON : Norman Hakim, Sherry Al Hadad, Mira Filzah, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siti Khadijah Halim, Zarina Zainoordin, Isha Norsham, Nadya Syahera, Ieda Moin
WATAK PELAKON
- Norman Hakim sebagai Jayden
- Sherry Alhadad sebagai Suhana
- Mira Filzah sebagai Elisa
- Eina Azman sebagai Nadia
- Ezzaty Abdullah sebagai Fika
- Siti Khadijah Halim sebagai Citra
- Zarina Zainoordin sebagai Yana
- Isha Norsham sebagai Ratu
- Nadya Syahera sebagai Juju
- Ieda Moin sebagai Kak Mel
- Nabil Aqil sebagai Remy
- Andy Teh sebagai Bahar
- Fad Anuar sebagai Jamal Badri
SINOPSIS THE MAID
Mengisahkan tentang kehidupan Jay bersama empat orang isterinya iaitu Suhana, Nadia, Fika dan Elisa yang mula jadi popular setelah Jay mengabadikan kisahnya dalam berpoligami menerusi sebuah novel bertajuk Mr Payung Emas. Pada luaran, kehidupan mereka nampak bahagia namun hakikatnya, Suhana, Nadia, Fika dan Elisa saling membenci. Hanya pembantu rumah masing-masing yang mengetahui kisah mereka.
Konflik terjadi apabila isteri keempat, Elisa telah terbunuh ketika perjumpaan keluarga. Oleh kerana semua ahli keluarga berada di tempat kejadian, mereka adalah suspek utama pembunuhan. Jadi mula timbul persoalan tentang, siapa pembunuh sebenar Elisa dan mengapa pembunuhan itu berlaku.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri-isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa?
0 Comments