Sinopsis filem Town Mall (2020)


Filem Town Mall menampilkan kisah inspirasi daripada kisah benar yang diadaptasi daripada novel bergenre seram terlaris karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima. Filem Town Mall boleh dilanggan menerusi Astro First saluran 480 bermula 25 Jun 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

JUDUL : TOWN MALL
GENRE : Seram
TARIKH TAYANGAN : 25 Jun 2020
PENULIS SKRIP : Subroto Katimin
PENULIS NOVEL : Hasrudi Jawawi
PENGARAH : Datuk Seri Eizlan Yusof
PRODUKSI : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Faradhiya.

WATAK PELAKON
  • Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Rusdi
  • Reen Rahim sebagai Akma
  • Intan Ladyana sebagai Maria
  • Adam Shahz sebagai Malik
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Megat
  • Hafizuddin Fadzil sebagai Dato Saiful
  • Nor Albaniah sebagai Nek Melur
  • Erry Putra sebagai Hassan
  • Ku Faridah sebagai Mak Esah
  • Faradhiya sebagai Ariani
  • Nurul Hanynaa Bt Harizal sebagai Mazni
  • Hafsa Munir sebagai Misha
  • Wan Muhammad Logan (Elji) sebagai En Roslan

SINOPSIS TOWN MALL
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.

Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Post a Comment

0 Comments